nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

STATISTIK HILANG DARA DI INDONESIA: SURABAYA 54%, MEDAN 52%, JAKARTA 51%, BANDUNG 47%. KUALA LUMPUR?

MASALAH kehilangan dara di kalangan remaja perempuan di Indonesia dikatakan telah mencapai tahap merisaukan. Selain jumlah kehilangan dara yang begitu tinggi, kadar remaja perempuan melakukan seks sebelum kahwin juga amat membimbangkan.

Kajian terbaru Agensi Perancangan Keluarga Indonesia, mendapati lebih separuh daripada remaja di JAKARTA tidak lagi mempunyai dara kerana terbabit melakukan seks sebelum berkahwin.

Ketua agensi itu, Sugiri Syarif berkata, daripada data dan kajian dilakukan separuh melakukan seks ketika mereka berusia belasan tahun dan tidak bimbang kehilangan dara walaupun belum berkahwin.

"Kajian menunjukkan daripada 100 orang remaja perempuan di Jakarta, 51 telah kehilangan dara ketika masih muda usia," katanya.

Bagaimanapun, Sugiri memberitahu, kadar kehilangan dara paling tinggi adalah membabitkan remaja yang tinggal di bandaraya SURABAYA. Di bandaraya itu, kajian mendapati 54 peratus remajanya tiada dara. Ini bermakna dalam 100 remaja perempuan, 54 tiada dara lagi.

Begitu juga kadar kehilangan dara di MEDAN yang mencatatkan 52 peratus manakala di BANDUNG mencatatkan kehilangan dara sebanyak 47 peratus.

Sementara dalam kes pengguguran pula, Sugiri menyatakan 800,000  daripada 2.4 juta kes  pengguguran yang berlaku setiap tahun di Indonesia juga melibatkan remaja. Sementara dalam kesalahan menyalahgunakan dadah 78 peratus daripada 3.2 kes yang dicatatkan dilakukan membabitkan remaja perempuan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10