Ayu Azahari bakal berdepan dikenakan hukuman penjara 5 tahun kerana mendera dan mengabaikan anak kandung |
ARTIS popular Indonesia Ayu Azhari, bakal berdepan kemungkinan dipenjara lima tahun jika terbukti dia melakukan penderaan dan pengabaian ke atas dua anak lelakinya, Axel Djody Gondokusmo, 20, dan Sean Azad Taito Azhari, 15.
Kedua-dua anaknya menerusi peguam bela, Dwi Ria Latifa, menyaman Ayu yang didakwa mereka telah mengusir dan melakukan penderaan selama ini.
Menurut Ria Latifa, kini dua anak lelaki Ayu berada di sebuah pusat perlindungan selepas terbiar dihalau dari rumah oleh ibu mereka.
"Kami telah memperolehi surat yang dihantar Ayu kepada pengawal keselamatan di apartmennya yang melarang kedua-dua anaknya itu masuk ke kediamannya," kata Ria.
Saman meminta Ayu datang untuk menyelesaikan perkara itu secara kekeluargaan bagaimanapun dipandang remeh oleh Ayu atas alasan tidak mempunyai masa dan sibuk dengan jadual penggambaran.
Kedua-dua anak lelakinya itu mendakwa kehidupan mereka di rumah sebelum ini umpama neraka kerana Ayu seorang yang panas baran. Mereka mendakwa sentiasa menjadi mangsa belasahan ibu termasuk di cakar seluruh badan hanya kerana perkara remeh-temeh.
Selepas diusir kedua-dua mereka bagaikan pelarian atau kaum nomad, bergelandangan tanpa kasih sayang dan tanpa perlindungan.