nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

HARIAN METRO/METRO AHAD SAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA

HARIAN METRO DAN METRO AHAD, mengesahkan kedudukannya sebagai akhbar nombor satu negara dengan masing-masing mencatatkan purata jualan 398,354 naskah dan 457,331 naskah dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2010.

 Menurut laporan terkini dikeluarkan firma Audit Bureau Circulation (ABC), jumlah purata jualan HM meningkat 39,678 naskah daripada 358,676 naskah bagi tempoh enam bulan sebelum itu.

 Dalam tempoh kajian, MA pula mencatatkan kenaikan 51,825 naskah daripada 405,506 naskah sebelum itu, mengatasi saingan terdekatnya Mingguan Malaysia yang mencatatkan jualan purata 373,905 naskah dalam tempoh sama.

 Laporan ABC itu juga menunjukkan edaran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily menokok dengan purata peningkatan 383,549 naskah sehari berbanding 378,045 naskah sehari, manakala China Press meingkat kepada 161,794.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, datuk Mustapa Omar, berkata pencapaian cemerlang HM yang akan menyambut ulang tahun ke 20 Mac depan adalah berikutan penyiaran pelbagai berita yang dapat mencuri tumpuan masyarakat.

Dalam perkembangan sama, jualan purata akhbar kosmo menurun daripada 172,253 naskah sehari kepada 172,251 dalam tempoh kajian manakala Kosmo Ahad meningkat kepada 176,977 berbanding 172,256 sebelumnya.

 BERITA MINGGU pula mencatatkan kenaikan daripada 230,539 naskah kepada 231,925 manakala Mingguan Malaysia naik sebanyak 3,484 naskah kepada 370,421. Berita Harian turut mencatatkan kenaikan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10