nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

AWAS DOKTOR GARANG: DOKTOR PIJAK PESAKIT DAN ANCAM SUNTIK BERACUN DI SUBANG JAYA

MUNGKIN cara paling sesuai untuk memberi peringatan kepada pesakit ialah dengan menampal notis "AWAS DOKTOR GARANG" di luar pintu masuk klinik. Ini bagi mengelakkan kejadian doktor bertukar perangai menjadi seekor 'Bulldog' seperti yang menimpa seorag pesakit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya, semalam berulang.

Dalam kejadian itu, seorang WANITA berusia 25 tahun CEDERA di muka dan badan selepas ditumbuk dan dipijak oleh seorang doktor yang merawatnya, hanya kerana pesakit itu mahu mendapatkan laporan perubatan mengenai penyakitnya.

Doktor garang itu, bukan sahaja mencederakan wanita terbabit tetapi turut menyerang dan memukul tunang wanita berkenaan yang cuba menenangkan keadaan.

Dia dipercayai diserang penyakit 'bulldog sawan' kerana begitu berani melanggar etika seorang pegawai perubatan selain bertindak di luar manusia waras hanya kerana diminta menyerahkan laporan perubatan oleh pesakitnya.

Pada satu hal yang lain, pesakit itu tentulah juga berhak untuk mendapatkan laporan perubatannya untuk mendapatkan rawatan ke klinik lain selepas demam yang dialaminya tidak pulih walaupun telah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik 'doktor garang' itu.

Mangsa mendakwa dia hairan dan bimbang, penyakitnya tidak sembuh walaupun doktor itu mengatakan ia sakit biasa.Hanya kerana meluahkan kebimbangan di atas penyakit dialaminya, doktor berkenaan boleh menjadi berang dan berlaku pertengkaran sebelum dia menunjukkan belang samsengnya ke atas mangsa.

Difahamkan, doktor yang gagal mengawal kemarahannya menumbuk muka mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh sebelum badannya dipijak. Mangsa kemudian lari ke luar bilik rawatan untuk mendapatkan pertolongan tunangnya yang berada di dalam kereta.

Namun tunangnya juga diserang ketika cuba mendapatkan penjelasan. Ketika mangsa dan tunang mahu beredar, doktor terbabit datang semula membawa jarum suntikan dan mengugut akan menyuntik ubat beracun ke badan kedua-dua mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan terbabit dan memberitahu siasatan kes ke atas doktor garang itu dibuat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. -diolah daripada HARIAN METRO.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10