nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

ANAK JATI KG JALAN KEBUN, DATUK MOHAMAD KHUSRIN MUNAWI BAKAL SUK SELANGOR?

ANAK jati kelahiran Kampung Jalan Kebun, Klang Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disebut-sebut sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Nama beliau dikatakan telah diusulkan oleh kerajaan pusat bagi mengisi kekosongan jawatan SUK yang kosong selepas SUK sebelum ini, Datuk Ramli Mahmud bersara, awal bulan ini.

Bagaimanapun, difahamkan kerajaan Pakatan Rakyat turut mengusulkan tiga nama lain sebagai pengganti dan mengiringi nama Khusrin yang diusulkan kerajaan pusat.

Mohamad Khusrin sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Muhammad Taib pula dikatakan antara yang disebut-sebut akan mengetuai Umno Selangor apabila Najib dikatakan akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10