Filem genre komedi romantik yang sarat dengan kritikan sosial berkait budaya Melayu, HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH berjaya membuat kutipan memberangsangkan apabila mendapat pulangan RM1.2 juta dalam tempoh dua hari ditayangkan.
Sejak ditayangkan Khamis lalu, filem garapan Mamat Khalid itu berjaya meraih sebanyak RM330,000 pada hari pertama dan RM800,000 pada hari kedua.
Filem yang ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara itu adalah antara filem terbaik yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd.
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH juga adalah karya keempat Mamat Khalid bersama penerbit Tayangan Unggul.