LEBIH 10,000 pengunjung membanjiri I-City di Seksyen 7, Shah Alam malam tadi, dikatakan antara pengunjung teramai bulan ini.
Tanpa diketahui apa sebabnya, kehadiran luar biasa pengunjung malam tadi menyebabkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan Klang-Kuala Lumpur ke jalan susur seksyen 7 memanjang sehingga lebih 2 kilometer.
Walaupun pengunjung dikenakan caj RM10 bagi meletak kenderaan, kehadiran mereka sentiasa bertambah dan ini dikatakan menjadi antara punca Malam Menyambut Ambang Tahun Baru pada 31 Disember ini turut diadakan di situ.