nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

HANGAT: 5 POLIS DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN KERANA RAKAM GAMBAR BOGEL PELACUR DAN PELANGGAN


LIMA anggota polis di utara Vietnam dikenakan tindakan disiplin, diturunkan pangkat kerana terbabit merakam gambar pelacur berbogel bersama pelanggan di dalam bilik, sebelum gambar itu disebarkan pula ke dalam internet.

Jurcakap polis Vietnam, Le Binh berkata, amaran keras juga diberikan kepada seorang pegawai polis yang terlibat ketika melakukan pemeriksaan di pusat sundal itu.

Menurut Le Binh, salah seorang anggota terbabit menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar bogel pelacur berkenaan. Dia tidak langsung memberi peluang untuk pelacur dan pelanggannya memakai pakaian, sebaliknya terus merakamkan gambar berkenaan atas alasan untuk dijadikan bahan bukti.

Kini gambar itu tersebar di dalam internet dan ditonton sesuka hati, terutama di kalangan mereka yang gemar membersihkan mata!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10