nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

TERKINI LUAR NEGARA: PENGASAS WIKILEAKS, JULIAN ASSANGE DITAHAN POLIS BRITAIN


JULIAN Assange, pengasas laman Wikileaks yang banyak mendedahkan rahsia kerajaan terutama membabitkan dokumen diplomatik dan ketenteraan di seluruh dunia, ditahan petang ini oleh polis Britain.

Dia ditahan kira-kira jam 5.30 waktu Malaysia berdasarkan satu waran tangkap yang dikeluarkan Sweden kepada Interpol dan polis Britain.

Dia dikehendaki untuk didakwa berkait dua kes cabul dan satu kes rogol yang sebelum ini dinafikan Assange - sebaliknya hanya satu dalih perisikan Amerika Syarikat untuk membalas dendam.

Warga Australia itu sebelum ini juga mengkritik Perdana Menteri Australia, G Julia kerana didakwanya menikam belakang beliau dalam kes terbaru. Dia akan dihadapkan ke mahkamah Majistret City of Westminster, London Selasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10