![]() |
Wakil Rakyat kawasan Tenang, Labis, Johor...Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi kencing manis |
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tenang, Labis, Johor, Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pagi ini selepas mengalami komplikasi akibat kencing manis.
Sulaiman 59, meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak 24 November lalu.
Allahyarham adalah wakil rakyat dua penggal dan Ketua Umno Bahagian Labis. Sebelum ini mengadu demam dan dikejarkan ke sebuah hospital di Johor sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri.
Jenazahnya akan dikebumikan di Labis. Dengan kematian Sulaiman, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan.