nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

27,116 PASANGAN MUSLIM BERCERAI TAHUN LALU: ARTIS DAN SELEBRITI TOLONG JANGAN JADI IKON CERAI!

WALAUPUN tiada persefahaman dikatakan menjadi faktor penyumbang ke arah perceraian yang berlaku di kalangan pasangan Islam, namun antara faktor sampingan ialah pengaruh dan teladan golongan selebriti di negara ini yang suka bercerai berai, turut menjadi sebab semakin banyak pasangan Islam bercerai!

Secara rasional kita tidak mampu menafikan hakikat itu kerana artis dan selebriti adalah ikon atau ejen perubahan yang mempunyai pengaruh di dalam kelompok masyarakat, khasnya di kalangan peminat ekstrem mereka.

Sepanjang tahun lalu, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merekodkan 27, 116 pasangan Muslim berpisah daripada perkahwinan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tiada persefahaman menyumbang 43.33 peratus sebab perceraian berlaku, diikuti masalah tidak bertanggungjawab (32.93), masalah akhlak atau sosial (12.03), campur tangan pihak ketiga (5.54) dan masalah ekonomi (2.62).

Pihak ketiga pula menyumbang 4.42 peratus manakala masalah seksual atau kepuasan seks mencakupi 1.38 peratus.

Pada tempoh sama tahun lalu, sebanyak 135,136 pekahwinan baru didaftarkan secara sah, namun jumlah itu tidak boleh dikaitkan dengan jumlah perceraian pada tahun sama kerana pasangan yang bercerai pada tahun itu bernikah pada tahun yang berbeza-beza.

Satu perkara yang mesti diingatkan selalu ialah golongan artis dan selebriti tidak seharusnya memburukkan lagi fenomena perceraian yang menimpa kaum Islam sejak kebelakangan ini. Mereka jangan pula menjadi ikon secara tidak rasmi kepada perceraian di kalangan rakyat biasa.

Sikap artis dan selebriti terhadap perceraian juga harus diubah. Sikap seorang artis janda yang memaklumkan media baru-baru ini bahawa dia lebih senang hidup janda - antara contoh kebodohan dan kejahilan diri, tetapi memberi kesan dan ikutan kurang elok di kalangan peminat!

Memang perkahwinan dan perceraian di tangan Tuhan, tapi manusia khususnya artis/selebriti haruslah menggunakan akal sebelum bertindak kerana apa sahaja perbuatan dan tindakan mereka akan jadi ikutan pada segelintir peminat yang berakal singkat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10