nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

BUKTI BURUK BENAR PERANGAI KERAJAAN UMNO/BN

KALAU yang benar, betapa pahit pun dikata orang, kerajaan pusat mesti membuka telinga dan menerimanya dengan hati lapang.

Ketika pemimpinnya amat kesal di atas tindakan kerajaan Selangor melarang penggunaan iklan berlogokan 1Malaysia di negeri ini, mereka tidak pula melihat ke cermin untuk menatap warna dan bentuk hati perut mereka sendiri.

Konon tindakan Selangor itu bermotifkan politik. Namun pemimpin pusat khususnya Muhyiddin Yassin, tidak pula sedar dan insafkan diri bahawa pemimpin dan kerajaan pusatlah yang banyak mengajar untuk berlaku buruk budi dan buruk laku.

Contohnya, apabila kerajaan pusat melarang gambar MENTERI BESAR dipamerkan di sekolah yang sudah tentu di bawah kendalian kerajaan pusat, seperti berlaku di Kedah. Larangan tidak membenarkan gambar seorang pemimpin negeri dipamerkan di sekolah ini, baik benarkah perangainya?

Bukankah Menteri Besar adalah ketua kerajaan negeri yang dipilih secara sah dan demokrasi? Jadi rakyat lihatlah sendiri bagaimana buruknya peri laku kerajaan pusat! Lihatlah perangai mereka dulu, sebelum mendengar hujah mereka yang cepat sahaja memburukkan sebarang tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang.

Maka apabila Muhyiddin berkata, tindakan melarang logo 1Malaysia digunakan di Selangor sebagai satu tindakan tidak elok, elok sangatkah larangan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah di sekolah-sekolah yang terletak dalam jajahah perintah menteri besar berkenaan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10