nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

GAMBAR IBU EMMET BUTTERFINGERS TERIMA ANUGERAH


IBU kesayangan Emmet, Butterfingers, Tan Sri Dr Zeti Aziz, menerima anugerah sebagai tokoh Maal Hijrah 1432 peringkat kebangsaan semalam.

Beliau menerima anugerah itu daripada DYMM Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Zeti menerima plak, sijil dan wang tunai RM100,000 sebagai penghargaan kerana terpilih sebagai tokoh sempena tahun baru hijrah itu.

Sebelum ini, ayah Zeti, iaitu datuk emmet, Prof DiRaja Ungku Aziz turut menerima anugerah serupa. Dan semalam juga rakyat Malaysia turut berbangga kerana berpeluang mendengar Zeti bercakap dalam Bahasa Malaysia ketika ditemuramah oleh wartawan.

Walaupun sedikit terganggu oleh slanga Bahasa Inggerisnya, rakyat kagum Zeti mahu juga berbahasa Malaysia. Tahniah Gabenor Bank Negara!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10