INDONESIA membuka gelanggang balas dendam kepada Malaysia, apabila menumpaskan Filipina 1-0 (kelebihan 2-0) dalam perlawanan separuh akhir kedua sebentar tadi untuk saling bertemu di pentas final piala Suzuki AFF.
Dalam perlawanan malam tadi di Stadium Bung Karno, Christian Gonzales sekali lagi menjadi penjaring Indonesia apabila menyumbat gol pada minit ke 43, mendahului Filipina dengan kelebihan dua gol selepas menang separuh akhir pertama kelmarin juga dengan 1-0.
Pentas final ini adalah peluang terbaik negara untuk menebus aib dibelasah 5-1 pada peringkat kumpulan. Bersandarkan prestasi ketika mengekang Vietnam daripada menembusi kubu pertahanan dalam dua perlawanan separuh akhir sebelum ini, Malaysia dijangka mampu mengejutkan Indonesia.
Ayuh Malaysia. Buktikan!