nuffnang ads

Sunday, December 19, 2010

BEKAS PERDANA MENTERI PERU DIBELASAH DAN DIROMPAK

BEKAS Perdana Menteri Peru, Javier Velasquez, dibelasah dan dirompak sekumpulan lapan lelaki di Lima, semalam, satu bukti yang menunjukkan tiada sesiapa akan terselamat daripada keganasan jenayah jalanan di ibu negara Amerika Selatan itu.

Kumpulan perompak terbabit membocorkan tayar kenderaan dinaiki Javier dan dia serta pemandunya diheret keluar sebelum dipaksa menyerahkan semua barangan berharga.

Bagaimanapun, Javier enggan mematuhi permintaan penjenayah berkenaan menyebabkan dia ditumbuk beberapa kali di muka dan akhirnya semua barangan berharga termasuk 7 telefon bimbit, sebuah komputer riba, kad kredit dan wang tunai US$500 disamun.

Lima yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 8 juta orang merekodkan 600 hingga 800 kes rompakan sehari, termasuk 40 peratus di antaranya jenayah membabitkan penggunaan senjata.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10