Mereka menyabung nyawa apabila bot karam -pix: Imran Makhzan/nst |
SYUKUR, lima nelayan selamat apabila bot mereka karam di Laut China Selatan, dipukul ombak besar. Mereka menyabung nyawa dengan berenang meredah laut bergelora dan selamat mendarat di Kuala Ibai, Terengganu.
Mereka yang terselamat ialah Jauhari Che Mohamad, 50, Azmi Daud, 24, Syukri Safee, 19, Zainudin Aziz, 34, dan Hafifzi Hamid, 26.