1.TIGA (3) juta rakyat Malaysia disahkan mengalami gangguan mental, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2.Sebanyak 445 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di negara ini sehingga kini, kebanyakannya membabitkan lelaki berusia di antara 30 dan 39 tahun.
3.Tabiat tidur lewat bawa tuah. Contohnya Mohd Asmawi Mansor, 36, yang memenangi hadiah pertama Peraduan Kecekapan Tenaga TNB-NST/HM. Beliau gunakan masa susah tidur itu untuk mengisi borang peraduan dan menang televisyen Samsung LED series 4000.
4.Kastam DiRaja Malaysia mencatat rampasan barangan bernilai hampir RM500,000 di seluruh negara, bagi tempoh 1 Januari sehingga kelmarin.
5.PDRM mensasarkan tempoh 8 minit untuk sampai ke tempat kejadian jenayah walaupun dalam keadaan sesak.
6.Anggota polis wanita mencatat sejarah apabila muncul peserta terbaik keseluruhan Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat siri 01/2010 Kontinjen Pulau Pinang.