nuffnang ads

Saturday, December 18, 2010

ADA CERITA SEDIH DI SEBALIK KEINDAHAN AIR PANCUT INI

Air pancut di Tasik Kota Kemuning, Shah Alam.
LEBIH kurang 10 tahun lalu, hanya beberapa meter dari air terjun ini, sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam kereta mengalami peristiwa hitam yang tidak mungkin mereka lupakan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Sedang mereka asyik bercengkerama, datang sekumpulan lelaki menghampiri pasangan itu.

Si wanita ditarik ke kawasan gelap dan dirogol semahu-mahunya. Sementara pasangan lelaki pula dibogelkan tetapi sempat melarikan diri di dalam kegelapan.

Dalam keadaan bogel tanpa seurat benang si lelaki berlari lintang pukang pergi ke rumah berdekatan untuk meminta bantuan. Namun nasibnya malang kerana melihat keadaan dirinya yang bertelanjang, empunya rumah enggan memberi bantuan kerana bimbang. Dikhuatiri juga dia seorang gila!

Namun selepas beberapa ketika, nasibnya baik apabila ada pemilik rumah mula menyedari sesuatu yang tidak kena dan menghubungi polis. Polis yang bergegas ke tempat kejadian hanya menemui pasangan wanita yang begitu lemah dikerjakan secara beramai-ramai. Sudahlah dirogol, dirinya juga dirompak apa yang ada.

Bagaimanapun, operasi memburu dilakukan terus malam itu menggunakan khidmat anjing pengesan dan hasilnya seorang daripada penjenayah berjaya diberkas berhampiran Kampung Melayu Hicom, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Moral cerita: Jangan berasmara di tempat gelap. Lagipun asmara itu buruk perlakuannya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10