MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke wad Hospital Universiti Universiti Sains Malaysia (HUSM Kubang Kerian, Kelantan untuk mendapatkan rawatan sakit di pinggangnya.
Anak beliau, Nik Omar berkata, Nik Aziz dimasukkan ke wad HUSM sejak Jumaat lepas atas nasihat pakar perubatan.
Tidak diketahui bila beliau dijangka keluar tetapi Nik Omar menjelaskan sakit di pinggang itu telah lama dihidapi ayahnya akibat terjatuh kuda.