ROTI TERBANG....kemahiran Rina setanding kaum lelaki |
SIAPA kata roti canai mamak lebih sedap? Belum tentu, selagi anda tidak mencuba roti yang diadun, diuli dan ditebar oleh seorang wanita muda di Klang.
Berkat tekun memerhatikan suaminya selama ini, Rina berjaya memperolehi pengalaman berguna bagaimana mahu menjadi penebar roti canai yang profesional. Selain enak dan menyelerakan, roti canai dihasilkannya kalau tidak setanding dengan roti di restoran ternama, mungkin juga lebih baik dan lebih sedap!
Dialah antara wanita yang berjaya di dalam profesion yang kebanyakannya diceburi oleh golongan lelaki.