nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

PETALING JAYA: TIGA REMAJA MAUT NAHAS DUA KERETA DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

TIGA remaja terbunuh dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta, Perodua Kancil dan Proton Waja di KM27.3 , Lebuhraya Persekutuan Klang-Kuala Lumpur, berdekatan bangunan Motorola, kira-kira jam 3 pagi Isnin.

Dua penumpang kereta Kancil terhumban keluar apabila kenderaan mereka naiki dirempuh Proton Waja. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Fong Mun Fai, 18, Liew Yuh Fen, 17 dan Chong Jin Kong, 17.

Ketua Trafik dan Kenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata mangsa ketiga iaitu Chong Jin Kong, mati ketika tiba di hospital akibat kecederaan parah.

Sementara salah seorang yang terhumban ke jalan raya, mati akibat dirempuh kenderaan lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10