nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

BAS TERBALIK DI GUA TEMPURUNG: 3 PELAJAR IKM CEDERA PARAH

SEBUAH bas membawa 41 penumpang, termasuk 21 pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Melaka, 24 guru dan ahli keluarga serta lima pemandu terbabas dalam terbalik dalam satu kejadian jam 6 petang tadi di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berdekatan Gua Tempurung, Perak.

Tiga pelajar setakat ini disahkan CEDERA PARAH dan kini telah dikejarkan untuk menerima rawatan rapi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Aminudin Abdul Rahim, berkata kejadian berlaku di KM304.5 ketika hujan lebat.

Difahamkan, pemandu bas berkenaan cuba memotong sebuah bas sekolah tetapi kemudian terbabas akibat kegagalan brek, sebelum termasuk ke longkang di tepi lebuhraya dan terbalik.

Keadaan itu menyebabkan lalu lintas di kedua-dua belah laluan sesak. Kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas makan tengah hari dan melawat Cameron Highlands.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10