TUHAN membalas Israel secara diam dan tidak terjangka. Semalam seorang lagi rakyatnya mati selepas seminggu melecur akibat kebakaran yang melanda hutan di utara negara itu sejak 2 Disember lalu.
Kini jumlah sebenar kematian akibat kebakaran di negara itu ialah 43 orang. 38 daripada mereka adalah pengawal penjara yang terperangkap dalam bas akibat dikepung api marak pada hari pertama kebakaran.
Selain itu, kebakaran turut membunuh Ketua Polis Haifa, Ahuva Tomer dan dua anggotanya, seorang bomba dan seorang bomba sukarela yang berusia 16 tahun.