nuffnang ads
Saturday, December 11, 2010
5,000 BELIA SERBU LAPANGAN TERBANG KUCHING UNTUK REBUT 100 JAWATAN KOSONG: TANDA RAKYAT BUKAN SENANG SEKARANG!
BAYANGKAN jika 5,000 belia di sekitar Kuching atau Sarawak menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk berebut 100 jawatan Polis Bantuan dalam tempoh yang singkat.
Bayangkan juga betapa kalau diibaratkan kelaparan, memang rakyat dalam kelaparan dan kerana itu mereka sanggup bersesak untuk mencari atau menagih rezeki yang ditawarkan.
Jika ada yang mengatakan rakyat semakin senang, entahlah. Oleh itu janganlah hendaknya kerajaan sekarang bercerita soal bangunan 1,000 tingkat, gaji sejuta ringgit sebulan atau si itu si ini, si sana si sini! Rakyat hanya mahu perut diisi. Rakyat tak mahu faham atau mahu tahu apa itu transformasi, subsidi atau apa bagai lagi.
Kalau sementara menunggu semua itu menjadi realiti perut rakyat akan kosong dan rakyat akan mati kebuluran. Cukuplah pelajaran janji sejak 53 tahun lalu konon mahu pastikan Melayu dapat 30 peratus ekuiti jadi teladan rakyat kini.
Rakyat perlu nasi dan rakyat tak pandang lagi apa bagai manis-manisnya janji! Kepada yang hadir memohon kerja di KIA didoakan agar berjaya. Kepada yang tidak berjaya, bersabar dan berusahalah. Doa orang teraniaya akan sentiasa didahulukan Allah.