ENAM penumpang cedera parah, termasuk dua patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspress dua tingkat terbabas dalam kemalangan di KM363 Jalan Raub-Bentong, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
Bas dua tingkat milik mahligai Ekspress itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan membawa 39 penumpang.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman, berkata dua yang patah rusuk dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah manakala empat yang lain dikejarkan ke Hospital Raub.
Polis telah menjalankan ujian dadah ke atas pemandu bas berkenaan dan hasilnya negatif.