ANGKA MAUT nahas bas pesiaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands minggu lalu, kini meningkat kepada 28 orang.
Ini berikutan seorang lagi mangsa nahas itu yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, AP Azisman Alias, berkata mangsa warga Thailand, Darunee Songserm. 59, meninggal dunia jam 2.26 petang tadi selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kerana parah di kepala dan dadanya.