nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

BAKAL PENGANTIN BUANG TABIAT: SONDOL LORI KATERING BAKAL SEDIA MAKANAN MAJLIS PERKAHWINAN

Kereta dipandu Asmani remuk menyondol belakang lori

BANYAK benda berlaku secara kebetulan dan kadang-kala di luar fikiran manusia. Jika semalam, seorang pemandu kereta maut berlanggar trak tunda di tempat yang sama di mana seorang lagi maut sebelum itu berlanggar juga dengan sebuah trak tunda, di Gopeng Perak, keadaan pelik juga berlaku di Masjid Tanah, Melaka.

Kira-kira jam 10.15 pagi semalam, seorang bakal pengantin yang akan bernikah Sabtu ini, membuang tabiat apabila merampas kunci kereta milik penduduk kampung lalu memecut laju kereta itu sebelum tersondol belakang sebuah lori.

Peliknya, lori yang disondol secara tidak sengaja itu adalah lori syarikat katering yang bakal menyediakan jamuan di majlis perkahwinannya nanti!

Akibatnya bakal pengantin itu, Asmani Aziz, 20an, cedera parah. Bahagian kereta yang dipandunya juga teruk. Turut cedera parah ialah kelindan lori katering, Hamzah Che Mat, 54.

Kejadian berlaku di Taman Sri Jeram, Masjid Tanah.

DAPATKAN HARIAN METRO UNTUK MEMBACA LAPORAN KEJADIAN INI

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10