PERSATUAN Facebook Perlis, hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemegang akaun facebook kerana didakwa menghina Islam dan beberapa pemimpin termasuk Najib dan Tun M.
Timbalan Presiden kelab itu, Mohd Faizuddin Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Polis Kangar, jam 5.30 petang Isnin.
Turut mengiringi Mohd Faizuddin ialah Shahidan Kassim. Menurut Shahidan dipetik laporan Bernama, satu laporan juga akan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Perlis berhubung penghinaan terhadap agama Islam oleh pemegang akaun facebook terbabit.