Tiga siswa termasuk dua pemimpin persatuan pelajar ditahan polis ketika berhimpun di depan Masjid Putrajaya sebentar tadi, sejurus menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri, berhubung isu kenaikan harga minyak dan masalah semasa.
Mereka yang ditahan ialah Presiden GAMIS, Ahmad Shukri Razak, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohd Ridzuan Othman dan siswa, Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.