nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

ALEX, BUDAK LELAKI DI SINGAPURA, SAH ANAK PEMAIN BOLA BRAZIL, RONALDO

Betul..betul...memang sah anak aku...

SELEPAS menjalani ujian DNA semalam, pemain bola sepak dunia, Ronaldo, akhirnya mengakui bahawa seorang budak lelaki di Singapura berusia lima tahun bernama Alex, memang anaknya.

Keputusan ujian DNA yang diterimanya mengesahkan mereka ada sepadan di segi biologi dan dengan itu Ronaldo menerusi twitter, menulis sesuatu yang menggembirakan ibu kanak-kanak itu, Michele Umezu, 28.

Tulis Ronaldo: "Alex is my son, the brother of three more beautiful children like him. And i always be a father to all the pleasures and duties. Welcome"

Michele sebelum ini mendakwa dia mempunyai hubungan intim dengan Ronaldo sejak meraikan kejayaan Brazil sebagai juara Piala Dunia di Tokyo Jepun pada 2002.

Bagaimanapun, hubungan lebih intim mereka lebih banyak berlaku pada 2004 sehinggalah dia mengandungkan Alex, kanak-kanak lelaki yang kini bersamanya di Singapura. Michele adalah model sambilan dan boleh dikatogerikan sebagai boleh tahanlah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10