nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

LEBUH RAYA DEKAT PLAZA TOL LINGGI-PEDAS BERHANTU? 17 MATI DALAM TEMPOH 60 HARI!

TELAH menjadi lelucon di kalangan sesetengah orang konon lebuhraya berdekatan Plaza Tol Pedas-Linggi berhantu.

Sementara mereka yang pernah cedera kerana terbabit di dalam kemalangan di kawasan berkenaan pula dikatakan paranoid, sehingga penduduk berdekatan kawasan berkenaan mula menggelar kawasan itu sungai maut!

Secara kebetulan menarik dilihat berdasarkan jumlah 17 yang terkorban akibat nahas maut di kawasan itu dalam tempoh 60 hari sehingga semalam.

Kes terbaru membabitkan kematian berlaku malam tadi apabila seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda terbunuh apabila kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang tidak jauh dari plaza tol itu.

Pada 4 Disember lalu pula, tiga lagi menjadi mangsa kemalangan di kawasan itu apabila kereta jenis MyVi yang dinaiki melanggar belakang treler yang membawa jengkaut. Ketiga-tiga mangsa turut rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar.

Jumlah angka paling ramai terkorban masih dalam ingatan kita pada pertengahan Oktober lalu. seramai 13 orang termasuk seorang mati di hospital apabila sebuah bas ekspress terbabs dan terbalik lalu merintang jalan bertentangan.

Sehingga kini, berdasarkan laporan akhbar tidak kurang 40 tercedera kerana terbabit dalam kemalangan di kawasan  itu dalam tempoh lebih kurang 60 hari.

Dengan angka kematian sebanyak 17 orang dan 40 tercedera, benarkah plaza tol Pedas-Linggi berhantu, atau sebenarnya kita sebagai pemandu yang memandu melulu!?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10