nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

TIGA POLIS PALSU KENA CEKUP.

Polis palsu kena cekup dengan polis tulen di Kuching...(dulu suruh masuk polis tak mahu...bila dah tua nak menyamar polis)
TIGA lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di Sarawak akhirnya terperangkap malam semalam, selepas mengganas dengan modus operandi memperdayakan golongan pelajar sejak Jumaat lalu.

Dalam kejadian pertama kumpulan lelaki itu menghampiri sekumpulan pelajar di sebuah perhentian bas, tidak jauh dari bangunan Wisma Saberkas dan membuat pemeriksaan badan ke atas kumpulan pelajar terbabit.

Dengan bermodalkan buku nota berlogokan polis, mereka berjaya memperdayakan pelajar terbabit. Selepas mengambil beberapa telefon bimbit dan mengarahkan kesemua pelajar terbabit mengambilnya semula di balai polis, kumpulan lelaki itu beredar menaiki motosikal.

Kumpulan yang sama kemudian menggunakan modus operandi serupa ke atas beberapa pelajar di Jalan Haji Taha, Ahad lalu. Namun dua mangsa yang terpedaya sebelum itu membuat laporan polis.

Bertindak di atas laporan itu, polis menahan seorang suspek malam semalam. Penahanan suspek itu mebawaq penahanan du alagi suspek. Kesemua mereka berusia di antara 30 dan 40 tahun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10