Yang bertabur di jalan raya ini namanya paku bukan kayu. |
KEBETULAN atau disengajakan. Kalau kebetulan, tentulah pembawa paku menyedarinya kerana paku kalau jatuh ke jalan bising bunyinya. Maka, jelaslah ia memang disengajakan untuk mencari keuntungan. Inilah yang berlaku di jalan raya sesak di Georgetown. Paku bersepah, menunggu untuk membocorkan tayar kenderaan. Kalaulah dapat si penabur paku ini, alangkah manisnya jika dapat dipaku kepalanya ke jalan raya!