nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

DATUK MICHELLE YEOH PEGANG WATAK AUNG SAN SUU KYI DALAM FILEM ANTARABANGSA BERJUDUL, DANS LA LUMIERE

Aung San Suu Kyi kiri, datuk Michelle Yeoh, kanan. Yeoh bawa watak Suu Kyi dalam filem Dans La Lumiere yang mengisahkan sejarah kehidupan pejuang demokrasi itu

PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh, diberi tugas amat mencabar dalam sebuah filem antarabangsa berjudul "Dans La Lumiere" dengan memegang watak utama sebagai Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi Myanmar yang baru dibebaskan bulan lalu selepas dikenakan tahanan di rumah selama tujuh tahun.

Filem Dans La Lumiere menurut Pengarah Thailand Film Office, adalah sebuah filem khas mengenai sejarah kehidupan Aung San Suu Kyi.

Penggambaran filem itu kini sedang berjalan dan beberapa babak telah berjaya dirakamkan di beberapa lokasi.

Kelmarin, Yeoh dibawa menemui pejuang kebebasan demokrasi itu di kediamannya di Yangon. Dalam pertemuan itu, Yeoh menunjukkan beberapa keping gambarnya yang memakai pakaian tradisional wanita Myanmar sebagai mewakili watak Suu Kyi dalam filem yang dilakonkannya itu.

Menurut Nyan Win, jurucakap Suu Kyi, Yeoh menghabiskan masa sepanjang tengah hari kelmarin di kediaman pejuang demokrasi itu -afp

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10