PASANGAN penerjun negara, Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee, sekadar mendapat perak dalam acara terjun berirama 3 meter pada Sukan Asia ke 16 di Guangzhou, China hari ini. Namun kejayaan itu telah membuka mata semua bahawa kita mempunyai penerjun yang boleh menggoncang peringkat dunia.