nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

AKU MANUSIA YANG CUBA DIROBOTKAN!!!

MATAKU ditutup
telingaku dipekup
tanganku digari
kakiku dipasung
suaraku dibisukan
akulah manusia
yang cuba dirobotkan

pagar keliling tubuhku
adalah paku dari hati busuk
yang berkarat
menghalang langkahku
mara ke padang kebenaran
kerana aku tak mahu tunduk
ketika mereka berkata
kerana aku tak bisa patuh
ketika mereka memberi perintah
kerana aku bangun
ketika mereka duduk
aku pun manusia
yang cuba dirobotkan.

Dialah manusia paling celaka
dari darah bangsaku
yang paling derhaka
kepada Tuhan yang memberi jiwa
untuk aku percaya
kepada kebenaran

Dialah manusia paling celaka
dari benih paling kotor
yang pernah tumbuh
di atas tanah nusa!

Ahhh...kau bisa membunuh jasadku
rohku tak mungkin mati
melagukan perjuangan
sebuah kebenaran
untuk bangsa dan agama
kau bisa merobotkan aku
tapi aku hidup
sebagai manusia yang tak akan mati
terus bersuara
menyanyikan perjuangan
tentang keadilan dan kebenaran!

Lidahku boleh saja kaupotong
tapi dari darah yang menitis
tetap bergema suara melaung
hak menerjang pecah di puncak-puncak gunung

Aku tak akan mati memperjuangkan
Melayu yang sekian lama tertipu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10