nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

KISAH MAS SELAMAT, PEMIMPIN JI MENYAMAR JADI PEREMPUAN UNTUK MASUK KE MALAYSIA DARI SINGAPURA

PARLIMEN Singapura hari ini diberitahu kisah bagaimana pemimpin JI Mas Selamat yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road, menyamar sebagai perempuan untuk keluar dari Singapura memasuki Malaysia.

Mas Selamat menyamar perempuan larikan diri dari Singapura -ST
Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam menceritakan seperti berikut:

Selepas dua hari meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road, Mas Selamat telah pergi ke rumah abangnya, Asmom Kastari, di sebuah Pangsapuri di Tampines.

Anak saudaranya, NurAini Asmom (anak abangnya) telah membantu Mas selamat menyolek wajah dan memakaikan tudung untuk menyamar sebagai seorang wanita. Nur Aini juga membekalkan beberapa barangan termasuk sepasang pakaian, topi baseball, air, makanan ringan, tongkat, beg plastik dan beg galas belakang.

Nur Aini jua membekalkan sekeping peta Singapura yang turut menunjukkan sebahagian daripada kawasan Malaysia di bahagian selatan, seperti diminta Mas Selamat.

Abang Mas Selamat, Asmom walaupun tahu bersubahat melindungi tahan yang melarikan diri diri, tanpa sedar membenarkan adiknya itu menumpang di rumahnya. Walaupun dia tahu perbuatan itu salah, namun dia membenarkannya.

Asmom juga memberikan wang tunai S$100 dan RM100 kepada Mas Selamat selain bekalan ubat tradisional untuk kemudahan adiknya itu sepanjang usaha melarikan diri dari Singapura ke Malaysia. Namun pada 1 April 2009, Mas Selamat ditangkap polis Malaysia dan dipenjarakan sebelum diserahkan kepada Singapura pada 24 September lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10