nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

ULANG TAHUN KE 90 QANTAS HARI INI DISAMBUT SURAM: 2 PESAWATNYA NYARIS MEMBUNUH 800 PENUMPANG

MUNGKIN kebetulan. Namun 15,000 kakitangan Qantas yang berhimpun di Mascot, dekat Sydney hari ini tidak langsung menikmati keriangan yang diharapkan sempena perhimpunan menyambut ulang tahun ke 90 syarikat penerbangan itu.

Travolta cuba memeriahkan ulangtahun ke 90 Qantas hari ini di Sydney, tapi gagal kerana 15,000 kakitangan syarikat penerbangan itu bersama pengurusan kanannya masih resah mengenang nasib 2 pesawatnya nyaris bertemu bala dalam penerbangan dari Singapura kelmarin dan semalam. (The age)
Ini kerana, insiden dua pesawat milik syarikat itu yang dalam penerbangan dari Singapura ke Sydney semalam dan kelmarin nyaris berdepan mala petaka dan membunuh lebih 800 penumpang apabila kedua-dua pesawat itu mengalami kerosakan enjin.

Pengurusan kanan Qantas pada awalnya mahu sahaja membatalkan majlis sambutan ulang tahun ke 90 itu hari ini, tetapi mengenangkan lebih 15,000 kakitangannya telah berkumpul di Sydney sejak kelmarin ia diteruskan dalam keadaan tawar hambar.

Malah kehadiran John Travolta yang menjadi duta syarikat itu dengan menerbangkan sendiri pesawat Boeingnya secara peribadi turut tidak mampu meredakan keresahan pengurusan kanan syarikat itu. Lebih membimbangkan 3 lagi pesawat Qantas kini tersadai di Amerika Syarikat, menunggu pembaikan berpunca daripada masalah serupa - enjin!

Enjin Rol-Royce yang digunakan pada pesawat Qantas dikatakan telah mulai dikesan berdepan kesilapan teknikal yang mesti diperbaiki segera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10