nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

EMPAT ANGGOTA KUMPULAN PENENTANG NUKLEAR IKAT DIRI PADA LANDASAN KERETAPI

POLIS Perancis diarahkan mengawasi secara ketat 14 gerabak yang membawa 11 gerabak penuh sisa nuklear dan 3 lagi penuh dengan anggota polis pencegah rusuhan, ekoran tindakan empat ahli kumpulan penentang kuasa nuklear merantai diri masing-masing di stesyen keretapi Caen, Perancis semalam.

Gerabak penuh sisa nuklear dalam perjalanan pulang ke Jerman selepas dirawat di Perancis.
Gerabak membawa  sisa nuklear itu dalam perjalanan ke Jerman. The Germany News memetik dakwaan kumpulan penentang yang mendakwa sisa nuklear yang asalnya dari Jerman dan dihantar ke Perancis untuk dirawat semula sebelum dibawa pulang ke Jerman itu amat berbahaya kerana dua kali ganda lebih kuat daripada sisa nuklear yang dikeluarkan ketika tragedi Chenorbyll di Rusia dulu.

Sementara 4 lelaki merantai diri masing-masing di landasan keretapi Perancis, 30,000 orang di Jerman sedang menunggu untuk memprotes kedatangan gerabak maut itu.

The Germany News turut melaporkan 16,000 polis di Jerman telah diarahkan bersiap menangani situasi itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10