nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

KES CURI USD50,000: ANAK AYU AZAHARI DIBAWA PULANG.

ANAK lelaki pengacara Ayu Azahari, 40, yang dimasukkann ke lokap polis di Jakarta Selatan, Rabu lalu selepas ibunya membuat laporan dia mencuri wang miliknya bernilai USD50,000 telah dibebaskan selepas seharian ditahan di lokap.

Ayu maafkan anak dan mahu Sean berubah dan meneruskan persekolahannya
Peguambela Ayu, Secarpaindi, berkata pembebasan Sean Azahari, 15, disambut ibunya sendiri menaiki sebuah kereta kira-kira jam 9 malam Khamis lalu.

Menurut Secarpaindi, Ayu Azahari tidak mahu kes itu diteruskan kerana dia sekadar mahu mendidik anak lelaki hasil perkahwinan keduanya itu berubah sikap. Malah Ayu sendiri membuat surat perjanjian yang ditandatangani Sean untuk tidak mengulangi perbuatan mencuri serta meneruskan semula persekolahannya.

Sean ditahan polis Rabu lalu selepas ibunya membuat laporan polis di atas tingkah laku anaknya yang semakin liar termasuk mencuri wangnya sebanyak USD50,000. Sebahagian wang yang diambil Sean telah dipulang, cuma USD7,500 telah dibelanjakannya.

Namun kata Secarpaindi, Ayu telah menghalalkan semua duit yang dicuri anaknya itu dan dia hanya berharap Sean dapat berubah serta membina hidup baru.

Ketika dalam tahanan, Sean memberi polis yang dia bercadang untuk lari dan hidup di luar negara menggunakan wang yang dicurinya itu. Namun selepas dibebaskan dia mulai berubah dan pulang ke pangkuan Ayu serta memohon maaf.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10