nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

TIGA WANITA MATI DLANGGAR LARI SEBUAH 4WD

PANDU laju, kemudian terbabas, dipercayai punca seorang pemandu kenderaan 4WD terlanggar tiga pejalan kaki dalam satu kemalangan ngeri di KM85, Jalan Nangoh-Paitan, di Sabah, pagi semalam.

Tiga mangsa yang terkorban, dikenali Naslia Kamarudin, 48, Gagosah Tiopo, 55 dan Emmie Galpan, 22. Mereka sedang berjalan kaki apabila kenderaan 4WD dipandu pemuda 21 tahun merempuh.

Pemangku Ketua Polis Beluran, ASP Zakaria A Rahim, dipetik laporan Bernama berkata, semua mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan 4WD itu bertindak melarikan diri, dipercayai bimbang keselamatannya lunyai dikerjakan penduduk.

Bagaimanapun, menurut Zakaria pemandu terbabit akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Sandakan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10