nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

MENARIK: ANGGOTA TENTERA MALAYSIA DIBERKAS DUA POLIS JERMAN DI SARAWAK

BUKU bertemu ruas. Inilah yang tepat menggambarkan kejadian yang berlaku di Sarawak pagi semalam apabila seorang anggota tentera yang bertugas di Semenanjung cuba meragut beg tangan milik satu pasangan pelancong warga asing.

Anggota tentera berusia 20-an itu mungkin tidak menyangka, pasangan lelaki dan wanita pelancong warga asing yang jadi sasarannya  itu sebenarnya adalah dua orang anggota polis Jerman yang sedang seronok menghabiskan cuti mereka di Sarawak.

Suspek terus meluru cuba merampas beg tangan yang disandang oleh pelancong wanita, berusia 26 tahun itu, tetapi pasangannya seorang anggota polis lelaki Jerman yang berusia 27 tahun bertindak pantas, merangkul badan suspek sebelum bergelut.

Bagaimanapun, nasib anggota tentera itu kurang baik sebab dia melakukan perkara yang kurang baik! Beberapa pengguna jalan raya yang terpandang insiden pergelutan itu akhirnya datang membantu dan akhirnya anggota tentera berkenaan berjaya diberkas.

Pasangan polis Jerman itu membuat laporan polis dan suspek pula ditahan untuk siasatan lanjut!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10