nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

KORBAN BANJIR KESEBELAS 2010: PELAJAR PEREMPUAN 11 TAHUN LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN SEPUPU DI TALI AIR.

BANJIR 2010 menelan korban kesebelasnya pagi ini apabila seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun lemas dihanyutkan arus deras ketika dia cuba membantu sepupunya di sebuah tali air di Kampung Tualang, Banggu, Kota Bharu.

Dalam kejadian jam 10 pagi tadi, Siti Nur Fatihah Sharom, dikatakan terjun ke dalam tali air berkenaan apabila melihat sepupunya, Mohd Faiz Ismail, 9 tahun hampir lemas. Bagaimanapun, dia dibawa arus deras dan gagal diselamatkan.

Bapa Mohd Faiz yang juga bapa saudara mangsa, Ismail Harun, 34,, berkata seorang lagi rakan mereka datang membantu dan berjaya menarik tangan Mohd Fazi, tetapi gagal menyelamatkan Siti Nur Fatihah. Mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Haslina Harun, 32, dikatakan sedang berada di rumah kerana masih dalam rawatan selepas terbabit dalam kemalangan manakala ayahnya pula berada di Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai pemandu lori.

Kasihan..semoga Allah memelihara rohnya dan menempatkannya di sisi golongan yang diberi perlindunganNya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10