Imbas semula...158 terbunuh pesawat terhempas apabila juruterbang tertidur! |
Menteri Pengangkutan Awam India, Praful Patel, mengesahkan kerajaan negara itu telah menerima laporan berkaitan siasatan kes itu sebagai mengulas laporan The Hindustan Times semalam. Laporan itu diterima kerajaan pada 16 November 2010 dan akan diumumkan kepada awam secepat mungkin.
Juruterbang pesawat malang itu, keturunan Serbia, Zlatko Glusica, dikatakan tertidur kerana keletihan tetapi tidak dipastikan sama ada ia disedari pembantu juruterbang atau krew di dalam pesawat itu.
Naya betul! Nak tidur balik rumahlah. Ini masa bawa kapalterbang kau pergi tidur, kan semua dah jadi arwah!