nuffnang ads
Thursday, November 18, 2010
KETUA MENTERI PULAU PINANG TARIK SEMULA NOTIS HENTI KERJA LANDASAN BERKEMBAR KERETAPI
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya menarik semula notis henti kerja yang dikeluarkan kerajaan negeri kepada MMC-Gamuda JV Sdn Bhd, selepas kontraktor projek berkenaan menghantar surat memberi jaminan akan mengatasi masalah yang dikatakan menyumbang kepada bencana banjir.
Ini sekaligus menutup mulut beberapa pihak termasuk Mohamed Nor Yaacob yang menafikan projek landasan keretapi berkembar itu antara punca banjir bertambah buruk sejak kebelakangan ini.
Jika MMC-Gamuda JV Sdn Bhd yakin projek itu tidak mendatangkan masalah, MUSTAHIL surat dikeluarkan oleh kontraktor yang memberi jaminan patuh kepada kehendak kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahukan pengubahsuaian dilakukan bagi memastikan projek itu tidak menyumbang banjir dan sekaligus menyusahkan rakyat.
Benarlah juga kata-kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Cho Chee Heung, baru-baru ini yang mengakui projek landasan keretapi berkembar itu menjadi punca banjir besar melanda sekitar kawasan perumahannya di Alor Setar.
Benarlah juga desakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak DUA tahun lalu (2008) kepada MMC dan Gamuda supaya pengubahsuaian dilakukan di tapak projek berkenaan bagi mengelakkan ia menjadi penyebab banjir kilat.
Cuma yang tak pernah benarnya ialah RTM yang tak mahunya mengaku!