nuffnang ads

Thursday, November 18, 2010

NADA BUNYI TELEFON PUNYA FASAL: 23 RUMAH HANGUS, 56 BANGUNAN ROSAK DAN 12 KENDERAAN DIBAKAR DI PAPUA

GARA-GARA nada bunyi telefon yang didakwa menghina, dua puak orang asli di Papua, Indonesia bertempur pagi semalam bersenjatakan pedang dan panah.

Ratusan puak Wamema menyerang puak Yoka di Jayapura, ibu negeri Papua selepas puak itu mendapat maklumat puak Yoka memainkan nada bunyi telefon yang menghina puak mereka.

Akibatnya mereka mengamuk dan menyebabkan 23 rumah hangus, 56 yang lain rosak dan 12 kenderaan dibakar. Polis yang mengetahui kejadian itu segera bertindak dan menahan tiga lelaki.

Ketua Polis Jayapura, Iman Setiawan memberitahu AFP, penangkapan tiga lelaki itu meredakan pertempuran dan kini polis berjaya mengawal keadaan. Setakat ini tidak diketahui jumlah kecederaan.

Difahamkan, nada bunyi telefon dimiliki puak Yoka berirama reggae dan mengandungi lirik yang menghina puak Wamema. Di Papua, pergaduhan mudah tercetus hatta membabitkan hal remeh-temeh seperti tercuit hidung atau bersentuh bahu.

Apabila tercetusnya pergaduhan mereka akan menggunakan pelbagai senjata seperti tombak, panah dan senapang buat sendiri untuk mengamuk macam orang hilang akal!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10