JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan di Perli dan Kedah sehingga petang ini mencecah hampir 38,000 orang, peningkatan sekali ganda daripada jumlah yang dipindahkan sehingga pagi tadi.
Daripada jumlah itu hampir 12,000 orang dipindahkan di Perlis, manakala di Kedah pula angkanya meningkat kepada hampir 25,000 orang. Di Kelantan pula masih rendah jumlah yang berpindah.
Di sesetengah kawasan hujan telah berhenti, tetapi air tetap naik di beberapa sungai dan terusan utama di kedua-dua negeri berkenaan.