nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

3 LELAKI BERSENJATA PARANG ROMPAK PASARAYA DI KLANG: RM200,00 LESAP.

TIGA lelaki bersenjatakan parang merompak pejabat sebuah pasaraya di bandar Klang, sebelum melarikan wang sebanyak RM200,000 dalam satu rompakan singkat dan terancang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian itu tiga lelaki telah naik ke tingkat satu yang menempatkan pejabat pentadbiran pasaraya itu dan memasukinya apabila dibuka oleh seorang kakitangan.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa kakitangan dikatakan sedang leka mengira jumlah kutipan harian pasaraya itu. Perompak hanya mengambil masa sekitar 10 minit sebelum melarikan diri bersama wang yang dirompak.

ACP Mohamad berkata, polis tidak menolak kemungkinan rompakan itu membabitkan orang dalam berdasarkan ia dilakukan begitu terancang dan hanya mengambil masa yang singkat.

Katannya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak berkumpulan menggunakan senjata.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10