nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

TERKINI BANJIR: BANJIR TERBURUK 2005 MUNGKIN BERULANG. LEBIH 4,000 TELAH DIPINDAHKAN DI 4 NEGERI

SEJARAH banjir buruk yang melanda negara ini pada tahun 2005 bakal berulang, jika hujan berterusan di beberapa negeri, terutama di bahagian utara dan timur.

Setakat ini, lebih 4,000 penduduk telah dipindahkan, terutama peningkatan mendadak di Perlis apabila banjir meningkat ketara mulai malam tadi. Sehingga kini, 1,400 orang telah dipindahkan di negeri itu membabitkan penduduk daripada 17 kampung.

Kesemua mereka, kebanyakannya dipindahkan malam tadi kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan yang diseliakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keadaan banjir semakin memburuk di Padang Besar manakala empangan Timah Tasuh pula telah melimpah dan tindakan melepaskan air dari empangan itu terpaksa dibuat malam tadi.

Pengarah Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran, Hanafi Mohd Noor, pula dipetik berkata sejarah banjir besar terburuk dalam tempoh 30 tahun yang berlaku pada tahun 2005 mungkin boleh berulang jika hujan lebat berterusan di beberapa negeri.

Di Kedah sehingga malam tadi, lebih 2,300 orang telah dipindahkan. Banyak jalan raya dan kampung ditenggelami air manakala penduduk di 35 buah kampung terutama di Padang Terap dan Kubang Pasu yang masih belum berpindah diarah bersiap sedia bagi mengelak kemungkinan buruk.

Di Kelantan, lebih 200 rakyatnya, tertutama di Pasir Mas dan Tanah Merah telah dipindahkan. Air di Sungai Golok dan Sungai Rantau Panjang kini telah melepasi paras bahaya. Keadaan serupa juga melanda Terengganu. Setakat ini 200 orang dipindahkan sejak semalam sehingga awal pagi ini terutama membabitkan daerah Besut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10