nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

BEKAS JURUGAMBAR SERAH DIRI BUAT PENGAKUAN CABUL 10 KANAK-KANAK

AMAT MEMERANJATKAN. Seorang bekas jurugambar lelaki berusia 53 tahun menyerah diri secara rela kepada pihak berkuasa dan terus membuat pengakuan menggemparkan - dia telah mencabul sekurang-kurangnya 10 budak lelaki di sebuah rumah kebajikan di Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur.

Lelaki itu yang selama ini bekerja secara sukarela di rumah kebajikan itu, mengaku mencabul kanak-kanak lelaki berusia 9 dan 14 tahun dalam tempoh di antara tahun lalu sehingga Julai tahun ini.

Tindakannya yang secara sukarela menyerah diri dan membuat pengakuan walaupun menyedari risiko tindakan undang-undang yang bakal dihadapinya, sekaligus membantu pihak polis dalam siasatan itu.

Dia juga dikatakan bertindak membuat pengakuan selepas dihantui perasaan bersalah selain mahu membantu kanak-kanak yang sering menjadi mangsa gangguan seksual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan kes itu dan berkata tangkapan dilakukan ke atas bekas jurugambar berkenaan bagi membantu siasatan.

Sepasukan khas polis telah diarahkan pergi ke rumah kebajikan yang dipercayai beroperasi tanpa lesen itu dan mengambil keterangan daripada mangsa. Setakat ini 3 kanak-kanak yang ditemubual, mengaku menjadi mangsa gangguan seksual lelaki terbabit.

Polis juga difahamkan telah menyoal beberapa kakitangan rumah kebajikan itu bagi mendapatkan maklumat dan gambaran jelas di sebaik dakwaan lelaki berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10